Sunday, August 25, 2013

Abah

 Assalamualaikum .
first of all , aku mintak maaf jika aku ada melukakan hati sapa-II sepanjang aku berada didalam dunia ini selama 19 tahun . alhamdulillah aku masih sihat dan masih diberi kemampuan untuk beribadah kepada yang esa . entry aku pada hari ini adalah tentang seorang abah yang sangat memahami anaknya .nama abah aku Hassan Noorhadi , abah aku seorang kakitang kerajaan .Dia seorang yang tabah , penyayang , seorang Wira kepada anak-II nya . terutama sekali pada aku . 
abah sentiasa faham keadaan aku , sejak kecil lagi abah tak pernah berkasar dengan aku kecuali sekadar mengajar aku antara yang benar dan salah . abah sangat memahami aku , setiap kali aku dilanda masalah , abah lah yang setia mendengar dan sentiasa menyokong aku .
Seriously aku tak pernah ceritakan masalah peribadi aku dekat orang lain . aku jenis yang suka simpan semua sorang-II , aku tanak susahkan orang lain dengan masalah yang aku ada sebab semua orang ada masalah masing-II kan . sebab tu aku suka luahkan semua masalah aku kat blog ni sebab aku tahu there's no one read this blog . 
Aku sedih , aku menangis , hati aku sakit bukan sebab lelaki yang bukan mahram aku tapi sebab keluarga aku sendiri . 
Aku terasa yang aku keseorangan sekarang , hanya abah yang ada dengan aku . 
aku memang tak disukai dengan adik beradik aku sejak aku kecil lagi sebab diorang menyampah dengan aku . Pada diorang aku ni anak kesayangan abah . Pada diorang aku ni anak yang suka bodek abah . Padahal sebenarnya abah seorang ja yang layan aku dengan baik abah nampak macam mana layanan diorang kat aku sebab tu abah layan aku dengan baik , abah tahu aku ni mmg byk kekurangan dari segi fizikal dan mental . Aku memang pernah ada penyakit waktu aku kecil2 dulu sebab tu abah sangat prihatin dengan aku abah tak pernah berkasar dengan aku . disebabkan penyakit aku akademik aku kurang memuaskan tak seperti adik beradik aku yang lain , mereka sempurna dalam akademik . Abah mmg dari dulu lagi nampak semua tu sebab tu abah memang baik dengan aku , abah kasian dengan aku. 
aku tak tahu kenapa aku selalu disalah anggap dengan adik beradik aku sendiri , bila aku mengalah mereka cakap aku ni suka berdalih-II . mereka mmg tak pernah suka kewujudan aku dalam keluarga ni sebenarnya . sampai aku besar pun mereka still benci aku especially kakak aku . dia mmg sejak aku kecik lagi tak suka dengan aku , sakit sangat jiwa aku sebab terpaksa membesar dalam keadaan dibenci dengan kakak sendiri . mgkin memang nasib aku , pada diorang aku ni anak manja yang suka menyusahkan orang . kalau ma masih ada , aku pun taknak menyusahkan diorang . aku meminta pertolongan yang iklas dari adik beradik aku bukan meminta mereka untuk mencaci mengherdik aku dengan pertolongan mereka . diaorang layan aku macam ni sekarang , mungkin hari ni hari mereka inshaALLAH akan tiba hari aku nanti . ALLAH ITU MAHA ADIL , aku yakin ma mesti sedih tengok keadaan keluarga aku sekarang . AKU TAKNAK PUN SEMUA NI JADI MACAM NI , takpa mungkin memang salah aku . salah aku . SEMUANYA SALAH AKU . BENCI LAH AKU SELAGI AKU HIDUP TAPI MAAFKANLAH AKU SEKIRANYA AKU SUDAH TIADA DALAM DUNIA INI . tak tahu lah kenapa , aku sejak beberapa bulan ni , aku dapat rasakan kematian dekat dengan aku dekat dengan keluarga aku . Setiap hari aku mendoakan keselamatan keluarga aku , aku mohon supaya mereka sentiasa dilindungi ALLAH aku mohon semoga mereka dipanjang kan umur . tapi mereka tak nampak sayang aku pada mereka . pada mereka Aku seorang adik yang menyusahkan mereka . Sekiranya aku sudah tiada , apakah mereka akan menangisi pemergian aku ? adakah mereka akan sedar akan kewujudan aku selepas ketiadaan aku ?. Aku nekad , aku nak lari jauh dari mereka . iya , aku akan belajar besungguh-II dan aku akn sambung belajar di oversea , aku nak menetap disana dan bila aku sudah berjaya , aku akan bawa ayah aku bersama , pada aku , Ayah aku lah segala-gala nya . dia lah semangat aku dialah pendorong aku dia lah pelita aku , aku sayang abah sangat-II .
untuk Adik beradik aku , amin acir dba gha dan ila , maafkan ipah kalau ipah ada buat salah , halalkan makan minum ipah selama ipah hidup . jika ipah sudah tiada di dunia ini , jaga lah abah baik-II doa lah sebanyak mungkin untuk ipah sebab ipah hanya ada abah dan  adik beradik sahaja dalam dunia ini . akhir kata ipah sayang semua adik beradik ipah , ipah maafkan segala salah silap adik beradik ipah . ipah halalkan semua yang mengguna duit ipah . ipah redha dengan apa yang jadi . mungkin ini ujian untuk ipah . ipah akan jadikan ini satu cabaran dalam hidup ipah . terimakasih semua . JAGA DIRI , ASSALAMUALAIKUM